Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Download VMware Workstation With Keygen v9.0.0.8123



VMware ialah satu perisian yang membolehkan pengguna melancarkan Operating System yang lain didalam Operating System yang sedia ada tanpa menganggu data/file yang terdapat pada Operating System yang sedia ada.

Direct Link :

Sumber : www.vmware.com/

Kod Error Pada Printer Canon

Cara mengatasi kod error pada lampu LED printer.


1. E02: Printer tak boleh masuk / kertas habis
--Solusi--
Letakkan kertas semula dengan betul

2. E03: Kertas tersangkut pada printer atau tray printer tak dibuka.
--Solusi--
Buka tray printer atau keluarkan kertas yang tersangkut pada printer.

3. E04 or E05: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tidak dipasang dengan betul atau tidak sesuai dengan printer.
--Solusi--
Cuba untuk mengeluarkan katridge dan pasang semula dan tolak  mengunci katridge sehingga ia berdetap masuk ke tempatnya. Jika tidak diselesai, hubungi pusat servis printer.

4. E07: Katridge tak dipasang pada kedudukan yang betul.
--Solusi--
Chek kedudukan katridge hitam dan warna. Pastikan pada tempat yang betul dan pasang semula.

5. E08: Penyerap dakwat hampir penuh.
--Solusi--
Tekan butang "Black" atau "Color" untuk teruskan mencetak. Jika tidak selesai. Bawa masalah ke pusat servis yang diiktiraf..

6. E13: Tidak dapat kesan level/tahap dakwat pada katridge. Atau erti kata lain mungkin dakwat kering kontang dalam katridge.
--Solusi--
Gantikan dengan katridge yang baru dan sesuai. Jika ingin mencetak tanpa gantikan katridge sila butang STOP/RESET selama 5 saat. Jika terdapat masalah lain. Tanggung sendiri.

7. E14: Katridge tak boleh dikesan/detect
--Solusi-- 
Gantikan dengan katridge baru dan sesuai.

8. E15: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tak dipasang dengan betul.
--Solusi--
Cuba untuk keluarkan katridge pada kedudukannya. Dan pasang semula sehingga kunci katridge betul-betul terkunci.

9. E16: Dakwat pada katridge telah habis
--Solusi--
Jika proses print sedang berjalan dan anda ingin meneruskannya. Sila tekan butang "STOP/RESET". Dan gantikan dengan katridge yang ada dakwat.

10. E30: Dokumen terlalu kecil untuk Fit Page  dipilih.
--Solusi-- 
Periksa kedudukan dan arah dokumen di kaca silinder mesin tulis itu.

11. E31: Printer tidak disambung pada komputer.
--Solusi--
Sambungkan printer dengan komputer melalui USB port.

12. E50: Mengimbas printer head alignment lembaran gagal.
--Solusi--
Untuk mengatasi masalah, tekan STOP / RESET. Pastikan bahawa kertas dimasukkan (A4) sesuai untuk penjajaran kepala cetak automatik, dalam kedudukan yang betul dan orientasi  scanner dan scanner  tidak kotor. Pastikan juga bahawa muncung Head katridge tidak tersumbat.

13. P22 : Masalah Scanner Unit dan Logic Board rosak..
--Solusi--
Tukar Scanner Unit dan Logic Board. 
Kalau masalah macam ni, aku tak galakkan baiki. Lebih baik beli baru. Sebab kos nak tukar Scanner Unit dan Logic Board tak jauh beza dengan harga beli printer baru.

#Ni sahaja aku dapat bantu korang. Harap korang dapat manfaatkan ye.

Masalah Komputer Terpadam Secara Tiba Tiba

Pada pengalaman saya, baru-baru ni saya pernah dihadapkan dengan masalah komputer terpadam dengan sendiri secara tiba-tiba semasa sedang melaksanakan tugasan. Pada mula kendalikan masalah tersebut. Saya sangkakan powersupply tidak cukup tenaga elektrik. Tapi selepas saya uji pada motherboard lain. Ternyata powersupply masih berfungsi dengan baik.


Kemudian saya cuba bertanyakan masalah pada kawan saya. Dan akhirnya saya dapat mengendalikan masalah ni. Selepas buat apa yang kawan saya suruh. Pada mulanya saya mendapati suhu pada prosessor meningkat kepada 6x hingga ke 7x peratus. 

---Solusi---
1. Buka fan prosessor pada komputer.
2. Letak termorphase atas cip prosessor.
3. Pasang semula fan prosessor.
4. Selepas selesai semua.. Semak semula suhu komputer..

Lepas tu rasanya sattel masalah ni..

Sekian Sahaja..
#Harap Bermanfaat.

Masalah Jam Tidak Betul Setiap Kali On Komputer

Kebiasaanya apa bila kita on komputer kita, masa akan sentiasa betul dan tepat. Ada juga pernah terjadi pada diri saya apabila saya on komputer saja. Masa akan berubah ikut tahun komputer tersebut dikeluarkan. Mula-mula tu memang tak tahu apa benda masalah la kan. Dah format banyak kali tetap masalah yang sama berlaku. 


Selepas saya masuk ke ipt dan saya belajar mengenai masalah tersebut. Dan akhirnya saya menemui jalan penyelesaian. Untuk pengetahuan, dalam setiap komputer ada sebiji bateri macam tu la. Dia dipanggil bateri CMOS. Fungsi CMOS ni adalah untuk menyimpan maklumat pada bios. Seperti masa, dan tarikh pada bios. Jam yang ada pada OS akan dirujuk kepada Jam pada BIOS. Jika jam pada BIOS tak betul. Maka jam pada Operating System(OS) anda pun tak betul la jadinya..

--Solusi--
1. Gantikan bateri CMOS pada komputer anda.
2. Kalau yang pertama tak berhasil. Semak semula pemegang bateri CMOS tu. Ada kemungkinan pemegang tu dah sentuh pada bateri CMOS.

Sekian Sahaja Dari Saya~

:: Harap Bermanfaat..

Cara Membuat Windows 7 Menjadi Genuine Dengan Menggunakan Command Prompt

Hari ini saya akan menerangkan cara untuk menjadikan windows 7 anda menjadi genuine tanpa menggunakan software…
Tekan Kekunci Windows + R
Dan kotak “run” akan kelihatan , taip CMD pada kotak “run” tersebut.
Dan klik OK
Note : Run CMD sebagai Administrator
make Windows 7 Genuine using Command Prompt
Taip “SLMGR -REARM” pada command prompt
Dan Tekan Enter.
make Windows 7 Genuine using Command Prompt
Tunggu 5 hingga 10 saat



Mesej dibawah akan kelihatan
make Windows 7 Genuine using Command Prompt
Selesai !!!
Sekarang Windows 7 adalah Genuine .. :D
Sila Restart Pc anda untuk mendapatkan hasil
“Tech Holes”

sumber : http://tech.hol.es/

Programming C++ : Kenali Nilai Dalam Programming

Pertama sekali. Biasa kita buat programming code disebabkan ada nak atasi masalah. Dengan menggunakan programming, dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Programming biasa digunakan di persekitaran kita. Salah satu contoh programming ialah mesin ATM..

Kita memerlukan Input, proses, dan output. Kalau tak ada input data. Macam mana kita nak hasilkan programming. Betul tak? Kita kena hasilkan jenis input seperti nombor atau huruf. Setiap nombor dan huruf ada data type sendiri. 


Jenis Data Type dia adalah : 
char = untuk karekter. huruf a - z. digunakan untuk 1huruf sahaja, kalau lebih akan error. Contoh = A
int = untuk nombor tanpa titik point. Contoh = 90
double = untuk nombor yang ada 2 nilai selepas titik point. Contoh = 0.41
float = untuk nombor yang ada titik point. Contoh = 2.1
string = untuk satu perkataan. Contoh = INICONTOHSTRING

tu adalah jenis-jenisnya. Banyak lagi jenis data type. Aku sebutkan tu je.. Lepas kenal data type. Kita mesti kenal variable. Variable ni macam tempat untuk menyimpan nilai. 
Contoh :

     int nombor1 = 3;

penjelasan : "int" adalah data type untuk variable yang diberi nama "nombor1". Nombor 3 itu adalah nilai. "int" ialah jenis data yang akan disimpan. "nombor1" ialah kotak untuk menyimpan data. "3" ialah nilai/barang yang kita nak simpan dalam kotak atau nama yang diberi nama ialah "nombor1".

perumpamaan lain yang aku boleh bagi ; 

int = jenis objek
nombor1 = kotak
 3 = sesuatu objek yang disimpan didalam kotak.

Variable tak boleh dimulakan dengan nombor atau simbol kecuali simbol ' _ '. 
Contoh Betul : int nilai1;
Contoh Salah : int 1nilai;

Variable juga tak boleh ada jarak.  
Contoh Betul : int sayasukamakan;
Contoh Salah : int saya suka makan;

Programming C++ : Open Label C++

Assalammualaikum.. 
Hari ni aku bukak label baru iaitu programming.. Insha Allah aku akan cuba ajar basic programming yang aku pernah belajar sebelum ni. 

Apa itu C++  atau C plus plus? C++ ialah salah satu bahasa programming.. Nak detail lagi kena tanya encik google la.. Aku ni pun tak ada la pandai sangat. Cuma nak share serba serbi tentang programming ni dengan korang.. 


Untuk compile C++ programming. Korang boleh guna "DEV" atau "Visual Studio 2010" nak pakai yang 2012 pun boleh.. Tapi masa aku belajar, aku biasa guna Visual Studio Ultimate 2010 je.. Kalau pakai yang 2012, mungkin ada penambah baikkan dari versi 2010.. Kalau nak versi Ultimate 2010 full.. Boleh email aku di hasbullah42@gmail.com