Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Kod Error Pada Printer Canon

Cara mengatasi kod error pada lampu LED printer.


1. E02: Printer tak boleh masuk / kertas habis
--Solusi--
Letakkan kertas semula dengan betul

2. E03: Kertas tersangkut pada printer atau tray printer tak dibuka.
--Solusi--
Buka tray printer atau keluarkan kertas yang tersangkut pada printer.

3. E04 or E05: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tidak dipasang dengan betul atau tidak sesuai dengan printer.
--Solusi--
Cuba untuk mengeluarkan katridge dan pasang semula dan tolak  mengunci katridge sehingga ia berdetap masuk ke tempatnya. Jika tidak diselesai, hubungi pusat servis printer.

4. E07: Katridge tak dipasang pada kedudukan yang betul.
--Solusi--
Chek kedudukan katridge hitam dan warna. Pastikan pada tempat yang betul dan pasang semula.

5. E08: Penyerap dakwat hampir penuh.
--Solusi--
Tekan butang "Black" atau "Color" untuk teruskan mencetak. Jika tidak selesai. Bawa masalah ke pusat servis yang diiktiraf..

6. E13: Tidak dapat kesan level/tahap dakwat pada katridge. Atau erti kata lain mungkin dakwat kering kontang dalam katridge.
--Solusi--
Gantikan dengan katridge yang baru dan sesuai. Jika ingin mencetak tanpa gantikan katridge sila butang STOP/RESET selama 5 saat. Jika terdapat masalah lain. Tanggung sendiri.

7. E14: Katridge tak boleh dikesan/detect
--Solusi-- 
Gantikan dengan katridge baru dan sesuai.

8. E15: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tak dipasang dengan betul.
--Solusi--
Cuba untuk keluarkan katridge pada kedudukannya. Dan pasang semula sehingga kunci katridge betul-betul terkunci.

9. E16: Dakwat pada katridge telah habis
--Solusi--
Jika proses print sedang berjalan dan anda ingin meneruskannya. Sila tekan butang "STOP/RESET". Dan gantikan dengan katridge yang ada dakwat.

10. E30: Dokumen terlalu kecil untuk Fit Page  dipilih.
--Solusi-- 
Periksa kedudukan dan arah dokumen di kaca silinder mesin tulis itu.

11. E31: Printer tidak disambung pada komputer.
--Solusi--
Sambungkan printer dengan komputer melalui USB port.

12. E50: Mengimbas printer head alignment lembaran gagal.
--Solusi--
Untuk mengatasi masalah, tekan STOP / RESET. Pastikan bahawa kertas dimasukkan (A4) sesuai untuk penjajaran kepala cetak automatik, dalam kedudukan yang betul dan orientasi  scanner dan scanner  tidak kotor. Pastikan juga bahawa muncung Head katridge tidak tersumbat.

13. P22 : Masalah Scanner Unit dan Logic Board rosak..
--Solusi--
Tukar Scanner Unit dan Logic Board. 
Kalau masalah macam ni, aku tak galakkan baiki. Lebih baik beli baru. Sebab kos nak tukar Scanner Unit dan Logic Board tak jauh beza dengan harga beli printer baru.

#Ni sahaja aku dapat bantu korang. Harap korang dapat manfaatkan ye.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAM..
MOHON BANTUAN.. SAYA TELAH REFILL INK (BLACK) DLM PRINTER CANON G2000 SEBANYAK 2 BOTOL.. LAMPU EROR MENYALA SELANG SELI DGN LAMPU POWER TURN ON DENGAN KIRAAN 7X. APA PERLU SAYA BUAT? T/KASIH.