Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Programming C++ : Kenali Nilai Dalam Programming

Pertama sekali. Biasa kita buat programming code disebabkan ada nak atasi masalah. Dengan menggunakan programming, dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Programming biasa digunakan di persekitaran kita. Salah satu contoh programming ialah mesin ATM..

Kita memerlukan Input, proses, dan output. Kalau tak ada input data. Macam mana kita nak hasilkan programming. Betul tak? Kita kena hasilkan jenis input seperti nombor atau huruf. Setiap nombor dan huruf ada data type sendiri. 


Jenis Data Type dia adalah : 
char = untuk karekter. huruf a - z. digunakan untuk 1huruf sahaja, kalau lebih akan error. Contoh = A
int = untuk nombor tanpa titik point. Contoh = 90
double = untuk nombor yang ada 2 nilai selepas titik point. Contoh = 0.41
float = untuk nombor yang ada titik point. Contoh = 2.1
string = untuk satu perkataan. Contoh = INICONTOHSTRING

tu adalah jenis-jenisnya. Banyak lagi jenis data type. Aku sebutkan tu je.. Lepas kenal data type. Kita mesti kenal variable. Variable ni macam tempat untuk menyimpan nilai. 
Contoh :

     int nombor1 = 3;

penjelasan : "int" adalah data type untuk variable yang diberi nama "nombor1". Nombor 3 itu adalah nilai. "int" ialah jenis data yang akan disimpan. "nombor1" ialah kotak untuk menyimpan data. "3" ialah nilai/barang yang kita nak simpan dalam kotak atau nama yang diberi nama ialah "nombor1".

perumpamaan lain yang aku boleh bagi ; 

int = jenis objek
nombor1 = kotak
 3 = sesuatu objek yang disimpan didalam kotak.

Variable tak boleh dimulakan dengan nombor atau simbol kecuali simbol ' _ '. 
Contoh Betul : int nilai1;
Contoh Salah : int 1nilai;

Variable juga tak boleh ada jarak.  
Contoh Betul : int sayasukamakan;
Contoh Salah : int saya suka makan;

0 comments: