Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Update dan Scan Virus Menggunakan Microsoft Security Essential

Hari ini aku akan mengajar cara untuk update antivirus Microsoft Security Essential secara manual. Untuk dapatkan antivirus ini, anda boleh download terus dari sini [LINK]. Sebelum download. Anda mesti memilih sama ada anda menggunakan windows 32-bit atau 64-bit. 



Untuk semak bit pada OS anda. Anda boleh cari disini 
[Computer>Properties]


Selepas anda download dan install. Anda harus update antivirus tersebut untuk antivirus anda mengenal jenis virus yang wujud dan mengaktifkan antivirus anda. Cara untuk update, seperti berikut :

Cara Update

1. Buka tetingkap antivirus 






























2. Seterusnya pilih tab "Update" untuk perbaharui jenis virus menggunakan sambungan internet.




3. Selepas itu anda perlu menunggu sehingga prosess muat turun data tamat..
 


Jenis Scan
1. Quick Scan - Jika anda pilih Quick Scan, antivirus akan mengesan virus pada lokasi/data yang kritikal di dalam OS sahaja. Antivirus tidak akan mengesan virus komputer anda secara menyeluruh dan masa untuk antivirus mengesan virus adalah lebih singkat.
2. Full Scan - Pilihan ini adalah lebih bagus kerana jika anda memilih Full Scan, antivirus anda akan mengesan virus pada semua lokasi/data. Antivirus akan mengesan virus pada komputer anda secara menyeluruh, tetapi masa yang diambil agak lama berbanding Quick Scan.
3. Custom Scan - Jika anda memilih Custom Scan, anda dibenarkan untuk memilih lokasi pangkalan data yang ada didalam komputer anda.. Antivirus anda akan mengesan virus yang hanya ada pada lokasi yang anda pilih sahaja. Masa yang diambil untuk mengesan virus, bergantung kepada size dan bilangan data yang ada pada lokasi tersebut.






 Anda juga boleh mengesan virus menggunakan antivirus anda dengan cara ini...
1. Right pada Storage(Lokasi) yang anda mahu Scan
2. Pilih "Scan with ..........(Nama antivirus anda)......"

3. Dan antivirus anda akan mula mengesan virus pada storage(lokasi) yang anda pilih..














Selesai... 

p/s : Harap entry ini dapat membantu...

0 comments: