Artikel kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk install atau menggunakan Windows Media Player 11 tanpa melalui Windows Validation Check. Terdapat banyak cara di internet yang menggunakan patch, crack dan sebagainya bertujuan melepasi Windows Validation Check dengan cara membuat Windows yang anda gunakan kelihatan asli atau original. Walaubagaimanapun, saya lebih suka dengan pendekatan yang lebih mudah dengan menggunakan bugs atau hole yang terdapat dalam Windows Media Player 11 agar anda dapat menggunakan Windows Media Player 11 tanpa membuatkan Windows anda kelihatan Original atau asli. Berbeza dengan patch atau crack, kaedah ini hanya memerlukan anda “rename” yang saya rasakan lebih sesuai, mudah dan selamat untuk anda gunakan.
Artikel ini sebenarnya dihasilkan berikutan terdapat masalah yang mana terdapat beberapa pengguna yang menggunakan Windows versi lanun secara tidak sengaja telah install Windows Media Player 11 menggantikan Windows Media Player 10 menggunakan Windows Update. Saya sedia maklum yang Windows Update tidak memberikan maklumat bahawa pengguna perlu melepasi Windows Validation Check untuk menggunakan Windows Media Player 11 sebelum proses installation dilaksanakan. Akibatnya, ramai pengguna akan dipaparkan dengan ayat “Validate Your Copy of Windows” dan tidak boleh menggunakan Windows Media Player selepas proses installation Windows Media Player 11 dilakukan. Contoh yang saya lakukan ini diatas platform Windows XP.
Simptom masalah Windows Media Player 11 Validation Check
Apabila anda membuka perisian Windows Media Player, anda akan diaparkan dengan gambar pertama seperti di atas yang menyatakan “Validate Your Copy of Windows” dan apabila anda klik “Validate”, anda akan dipaparkan dengan perkataan “You May Be A Victim of Software Counterfeiting” dan “This Copy of Windows is Not Genuine” seperti gambar di bawah. Apabila anda klik “Finish” anda tidak dapat lagi menggunakan Windows Media Player
Cara Mudah Melepasi atau Bypass Windows Validation Check bagi Windows Media Player 11
1. Akses direktori C:Program FilesWindows Media Player
2. Cari file LegitLibM.dll
3. Rename file tersebut daripada LegitLibM.dll menjadi legitlib
4. Sekarang, buka kembali perisian Windows Media Player 11
5. Anda akan dipaparkan seperti gambar pertama diatas. Teruskan dengan klik “Validate” dan anda mungkin dipaparkan dengan perkataan seperti “Unable to Validate”. Teruskan sahaja sehingga anda diapaparkan dengat ayat “Thank You For Choosing Windows Media Player 11” seperti gambar di bawah.
6. Anda akan dibawa kepada paparan Setting dan Configuration. Klik “Finish”.
7. Selesai. Anda dapat menggunakan Windows Media Player 11 di PC anda.
Windows 7 ???
Windows 7 ketika artikel ini ditulis telah menggunakan Windows Media Player 12. Maka tidak seharusnya timbul soal Windows Media Player 11 dalam Windows 7. Walaubagaimanapun, jika terdapat kes-kes terpencil dan anda mengalami masalah dengan Windows Validation Check di atas platform Windows 7, anda boleh rujuk artikel Dapatkan Status Genuine Untuk Windows 7 Sevice Pack 1
0 comments:
Catat Ulasan