Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Live CD Ubuntu ( Selamatkan Data )


Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data.

CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka

Apa yang anda perlu buat adalah hidupkan komputer dan masukkan CD Ubuntu. Apabila skrin Ubuntu dipaparkan, pilih “Try Ubuntu without an change to your computer”.

startup-screen

Antara kegunaan Live CD Ubuntu:

O Akses semua partition termasuklah jenis FAT dan NTFS. 
O Menghubungkan komputer anda kepada komputer lain melalui network. 
O Melayari Internet. 


Jadi, dengan Live CD Ubuntu ini anda boleh backup dahulu dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, atau mungkin juga ke dalam komputer lain melalui network.

Malah anda boleh menggunakannya untuk melayari Internet, membuka emel, dan berbual di IM meskipun anda tidak mempunyai hard disk sekalipun. Ubuntu menyokong banyak jenis modem, dan sekiranya anda berada dalam kawasan Wi-Fi, ia juga boleh diaktifkan.

Dan jika anda bosan, anda juga boleh bermain lagno di dalam Ubuntu :)

p/s:-Jangan plak nak gunakan Live CD Ubuntu nie nak curi2 data kawan2 kita..x baik tue
Kredit to M.K Sembang Komputer


Download Live CD Ubuntu
[ Download ]




0 comments: