Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Cara Menyelesaikan masalah "NTLDR Is Missing"


Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart

Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.

Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari computer  lain dan letakkannya di dalam C:\ anda. Pastikan komputer yang lain itu menggunakan versi Windows yang sama.
Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail? Okey, sekarang anda perlu jadikan HDD yang mempunyai masalah tersebut sebagai 2nd HDD.. Kemudian anda copy NTLDR dari 1st HDD ke 2nd HDD (Pastikan versi Windows yang digunakan pada 1st HDD dan 2nd HDD adalah sama)… Kemudian anda eject 2nd HDD dan connect semula pada komputer anda dan masalah ini tidak akan berulang lagi..

0 comments: