Kali ini aku cuba bantu korang untuk remove write protect, bagi korang yang kena mesti korang bengang bila setiap kali korang nak copy data ke Thumbdrive, memory ataupun Hdd akan keluar notis macam ni :
Okey... Sekarang aku mahu tunjukkan cara untuk mengatasi masalah ini pada Komputer korang...
1. Buka Start Menu >> Run, tulis regedit dan tekan Enter, ia akan membuka registry editor.
2. Seterusnya ikut lokasi file dibawah :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies
3. Double klik pada Write Protect...Ubah kepada "0" / sifar pada Value Data dan klik pada butang OK...
4. Tutup Registry dan Restart komputer korang untuk men"nyah" aktifkan write protect.... Kemudian masukkan semula USB korang dan masalah ini telah dapat diatasi...
0 comments:
Catat Ulasan