Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Memaparkan catatan dengan label Masalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah. Papar semua catatan

Cara Membaiki Fail Korup Pada PC Windows

No automatic alt text available.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Atasi Masalah Windows Tidak Boleh Boot

Masalah :

Message : 
Drive 0x80(LBA): C/H/S=1024/255/63. Sectir Ciybt/Size

****

Options if your HDD is larger than 1TB :
* Move your boot files to a smaller partition at the start of the HDD.....
*Format the HDD and allow Windows 7 to create a 100MB boot partition
*Shrink and move your partitions with GParted.

Press any key to read more...

Cara atasi Masalah :
1. Boot DVD Installer Windows 7 dan pilih "Repair Your Computer.."
2. Pada pilihan System Recovery. Pilih "Command Prompt"
3. Seterusnya tulis commands seperti berikut :
     bootrec.exe /FixMbr
     bootrec.exe /FixBoot

Makna Bunyi Beep Pada Komputer


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pernah tak anda perasan. Setiap kali on komputer ada bunyi beep. Sebenarnya bunyi tersebut juga boleh menjadi salah satu sumber untuk mendapat maklumat sama ada komputer kita dalam keadaan baik atau pun tidak. Berikut adalah sedikit senarai makna bunyi tersebut.
1 beep pendek → PC dalam keadaan baik
1 beep panjang → Problem di memori/RAM
1 beep panjang 2 beep pendek → Kerusakan di modul DRAM parity
1 beep panjang 3 beep pendek → Kerusakan di bagian VGA.
Beep terus menerus → Kerusakan di modul memori atau memori video
Moga bermanfaat.

Reset Password Windows 7

Ramai yang tidak tahu cara nak reset password user account untuk Windows 7. Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya juga google dari internet. Hehe. Tapi saya translatekan dalam bahasa melayu. Yang ada masalah macam ni boleh la cuba. Alhamdulillah saya buat sebelum ni jadi dengan jayanya.


1. Masukkan Boot Installer Windows 7. Kemudian pilih pilihan "Repair your computer" dibawah setup..


2. Pilih "Command Prompt" pada pilihan menu.


3. Command Prompt akan keluar. Petama sekali, tulis command seperti dibawah

copy c:\windows\system32\sethc.exe c:\

4. Jika berjaya. Teruskan dengan command seterusnya

copy c:\windows\system32\cmd.exe c:\windows\system32\sethc.exe


5. Seterusnya. Restart komputer anda.

6. Tekan button Shift pada keyboard sebanyak 5 kali untuk keluarkan Command Promp sebagai admin



7. Seterusnya sila tulis command net user nama_user password_baru pada Command Promp

net user geek MyNewPassword


8. Jika berjaya. Anda boleh terus login guna password yang baru.

Atasi Masalah Ikon Wifi Pada Laptop Tidak Muncul



Selepas reinstall atau format laptop anda. Tiba-tiba icon wifi tidak keluar. Tetapi sebelum reinstall atau format ikon wifi ada. Disini saya ingin berkongsi  punca ikon wifi tidak muncul pada laptop anda adalah: 

Driver wifi anda belum di "Install" pada laptop anda. 
Setiap laptop ada driver masing-masing. Kalau beli laptop baru memang ada cd driver dia bagi sekali dengan kotak laptop. Tapi kalau driver hilang, anda boleh cari driver di internet pada website jenama laptop anda.

Ni list website jenama laptop yang saya pernah guna :
http://www.lenovo.com/my/en/
http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/home
http://www.asus.com/my/
http://my.msi.com/
http://www.hp.com/country/us/en/uc/welcome.html

Tersalah install driver wifi
Boleh jadi, selepas anda install driver wifi tetapi icon wifi masih tak timbul. Masalah sebegini berpunca kerana kemungkinan anda tersalah download jenis driver yang ada pada laptop. Walaupun anda sudah download driver direct dari website jenama laptop anda. Tetapi ada kemungkinan driver yang dibekalkan tidak sama dengan jenama adapter wifi dalam laptop anda. Jadi, anda cari sahaja di google dan download. 

Sekian..

Cara Aktifkan Windows 7 Menggunakan Windows Loader

Kali ni aku nak ajar cara aktifkan windows 7 anda dengan menggunakan "Windows 7 Loader". Korang mesti pernah mengalami atau sedang mengalami windows 7 not genuine. Masalah windows not genuine akan satel dengan cara yang akan aku ajar ni. Windows not genuine ni berlaku sebab korang mengunakan windows 7 pirate. 



-----Cara Nak Menggunakan Windows Loader-----

1. Download Windows Loader disini

2. Kemudian matikan antivirus yang anda gunakan. Atau disable protection pada antivirus anda.

3. Buka file yang didownload tadi mengunakan win.rar

4. Lancarkan Windows Loader.exe

5. Satu tetingkap akan keluar. Kemudian Klik Install. 

6. Tunggu sehingga selesai.

7. Satu tetingkap akan keluar. Dia akan keluarkan notice bahawa korang nak restart atau tak payah.

8. Korang pilih restart kalau korang nak tengok effect dia.

9. Lepas restart. Pergi pada My Computer. Lihat pada Windows Activation. Kat situ dia ada tulis "Windows is activated"..

10. Anda dah berjaya..  

#Good Luck yer.. ^^,

Langkah Mengatasi Masalah Beep Panjang Pada Laptop/Notebook

Sebelum mulakan step dibawah. Sila cabut hard disk anda.

== Solusi ==
Step 1
1. Cabut kabel power(Charger) dan tanggalkan bateri pada laptop atau notebook
2. Tekan button ON selama 30saat 
3. Pasang semula bateri atau sambungkan kepada adapter.
4. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.




Step 2
1. Cabut RAM dan bersihkan RAM menggunakan pemadam pensil.
2. Reseat RAM. 
3. Jika ada 2 unit RAM, cuba on gunakan sekeping sahaja
4. Lakukan perkara yang sama pada RAM satu lagi.
5. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Step 3
1. Cabut Hard Disk
2. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Step 4
1. Cabut DVD Writer/ROM
2. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Step 5
1. Cabut Keyboard
2. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Step 6
1. Cabut WiFi Card
2. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Step 7
1. Cabut USB Port Connector
2. Hidupkan laptop/notebook anda. Jika masih berlarutan teruskan step dibawah.



Jika masih bunyi beep. Board laptop/notebook anda bermasalah. Sila tukar board baru/laptop baru. Sebab harga board dah separuh harga beli laptop baru.

Masalah Screen Bergaris-garis

==Solusi==

1. LCD Panel Rosak.
-Cabut kabel LCD/LED cuba connect laptop/notebook dengan TV LCD / monitor computer biasa. Tengok display dia okay tak.. Kalau okay je display dia, itu bermakna laptop tiada masalah cuma kena tukar LCD Panel yang baru. 
LCD Panel Screen

- Boleh juga terus menguna monitor komputer sebagai paparan untuk laptop/notebook korang.
LCD Monitor

LCD Monitor/Projector Cable

2. Kabel di belakang LCD longgar
- Cabut LCD Screen untuk ketatkan sambungannya. Kalau masih tak berhasil cuba ketatkan sambungan pada motherboard. Dan masalah akan screen akan selesai. Kalau dah betul kan semua tetapi masih ada masalah yang sama. LCD/LED shorting, tukar LCD Panel .

Kod Error Pada Printer Canon

Cara mengatasi kod error pada lampu LED printer.


1. E02: Printer tak boleh masuk / kertas habis
--Solusi--
Letakkan kertas semula dengan betul

2. E03: Kertas tersangkut pada printer atau tray printer tak dibuka.
--Solusi--
Buka tray printer atau keluarkan kertas yang tersangkut pada printer.

3. E04 or E05: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tidak dipasang dengan betul atau tidak sesuai dengan printer.
--Solusi--
Cuba untuk mengeluarkan katridge dan pasang semula dan tolak  mengunci katridge sehingga ia berdetap masuk ke tempatnya. Jika tidak diselesai, hubungi pusat servis printer.

4. E07: Katridge tak dipasang pada kedudukan yang betul.
--Solusi--
Chek kedudukan katridge hitam dan warna. Pastikan pada tempat yang betul dan pasang semula.

5. E08: Penyerap dakwat hampir penuh.
--Solusi--
Tekan butang "Black" atau "Color" untuk teruskan mencetak. Jika tidak selesai. Bawa masalah ke pusat servis yang diiktiraf..

6. E13: Tidak dapat kesan level/tahap dakwat pada katridge. Atau erti kata lain mungkin dakwat kering kontang dalam katridge.
--Solusi--
Gantikan dengan katridge yang baru dan sesuai. Jika ingin mencetak tanpa gantikan katridge sila butang STOP/RESET selama 5 saat. Jika terdapat masalah lain. Tanggung sendiri.

7. E14: Katridge tak boleh dikesan/detect
--Solusi-- 
Gantikan dengan katridge baru dan sesuai.

8. E15: Katridge tak boleh dikesan/detect. Katridge tak dipasang dengan betul.
--Solusi--
Cuba untuk keluarkan katridge pada kedudukannya. Dan pasang semula sehingga kunci katridge betul-betul terkunci.

9. E16: Dakwat pada katridge telah habis
--Solusi--
Jika proses print sedang berjalan dan anda ingin meneruskannya. Sila tekan butang "STOP/RESET". Dan gantikan dengan katridge yang ada dakwat.

10. E30: Dokumen terlalu kecil untuk Fit Page  dipilih.
--Solusi-- 
Periksa kedudukan dan arah dokumen di kaca silinder mesin tulis itu.

11. E31: Printer tidak disambung pada komputer.
--Solusi--
Sambungkan printer dengan komputer melalui USB port.

12. E50: Mengimbas printer head alignment lembaran gagal.
--Solusi--
Untuk mengatasi masalah, tekan STOP / RESET. Pastikan bahawa kertas dimasukkan (A4) sesuai untuk penjajaran kepala cetak automatik, dalam kedudukan yang betul dan orientasi  scanner dan scanner  tidak kotor. Pastikan juga bahawa muncung Head katridge tidak tersumbat.

13. P22 : Masalah Scanner Unit dan Logic Board rosak..
--Solusi--
Tukar Scanner Unit dan Logic Board. 
Kalau masalah macam ni, aku tak galakkan baiki. Lebih baik beli baru. Sebab kos nak tukar Scanner Unit dan Logic Board tak jauh beza dengan harga beli printer baru.

#Ni sahaja aku dapat bantu korang. Harap korang dapat manfaatkan ye.

Masalah Komputer Terpadam Secara Tiba Tiba

Pada pengalaman saya, baru-baru ni saya pernah dihadapkan dengan masalah komputer terpadam dengan sendiri secara tiba-tiba semasa sedang melaksanakan tugasan. Pada mula kendalikan masalah tersebut. Saya sangkakan powersupply tidak cukup tenaga elektrik. Tapi selepas saya uji pada motherboard lain. Ternyata powersupply masih berfungsi dengan baik.


Kemudian saya cuba bertanyakan masalah pada kawan saya. Dan akhirnya saya dapat mengendalikan masalah ni. Selepas buat apa yang kawan saya suruh. Pada mulanya saya mendapati suhu pada prosessor meningkat kepada 6x hingga ke 7x peratus. 

---Solusi---
1. Buka fan prosessor pada komputer.
2. Letak termorphase atas cip prosessor.
3. Pasang semula fan prosessor.
4. Selepas selesai semua.. Semak semula suhu komputer..

Lepas tu rasanya sattel masalah ni..

Sekian Sahaja..
#Harap Bermanfaat.

Masalah Jam Tidak Betul Setiap Kali On Komputer

Kebiasaanya apa bila kita on komputer kita, masa akan sentiasa betul dan tepat. Ada juga pernah terjadi pada diri saya apabila saya on komputer saja. Masa akan berubah ikut tahun komputer tersebut dikeluarkan. Mula-mula tu memang tak tahu apa benda masalah la kan. Dah format banyak kali tetap masalah yang sama berlaku. 


Selepas saya masuk ke ipt dan saya belajar mengenai masalah tersebut. Dan akhirnya saya menemui jalan penyelesaian. Untuk pengetahuan, dalam setiap komputer ada sebiji bateri macam tu la. Dia dipanggil bateri CMOS. Fungsi CMOS ni adalah untuk menyimpan maklumat pada bios. Seperti masa, dan tarikh pada bios. Jam yang ada pada OS akan dirujuk kepada Jam pada BIOS. Jika jam pada BIOS tak betul. Maka jam pada Operating System(OS) anda pun tak betul la jadinya..

--Solusi--
1. Gantikan bateri CMOS pada komputer anda.
2. Kalau yang pertama tak berhasil. Semak semula pemegang bateri CMOS tu. Ada kemungkinan pemegang tu dah sentuh pada bateri CMOS.

Sekian Sahaja Dari Saya~

:: Harap Bermanfaat..

Atasi Masalah "A required CD/DVD drive device driver is missing" / Driver Missing

Assalammualaikum.
Today is.... Guwa nak ajar trick macam mana nak atasi masalah "A required CD/DVD drive device driver is missing" or "A media driver your computer needs is missing". Guwa yakin, korang yang selalu format laptop mesti pernah alami masalah macam ni. Guwa pun mula-mula kena jugak macam ni. Guwa jumpa satu langkah. Meh ikut step guwa ni. 


_Back_Up_Data_Guna_Ubuntu_

1. Korang kena buat backup data menggunakan linux, guwa gunakan ubuntu. Jadikan live usb. Caranya korang boleh cari disini.

2. Run live usb dan masuk "Try Ubuntu without install" macam ni la lebih kurang ayat dia.

3. Dan korang akan login as linux user. Dan dipersilakan copy data masuk ke dalam hard disk yang lain atau erti kata lain external hard disk korang..



_Mula_Atasi_Masalah_

1. Run Windows 7 Installer guna CD/DVD atau USB Live. 

2. Klik "Repair Your Computer"



3. Masuk ke dalam sampai jumpa display yang macam dekat bawah ni


4. Klik pada "Command Prompt" dan layar baru akan keluar

5. Type arahan "diskpart"

6. Seterusnya "select disk 0"

7. Lepas tu type "clean"

8. Tunggu sampai complete. Dah selesai semua restart installation dan instal macam biasa. 

Selesai.. Harap bermanfaat.. 

UPDATE**
- Pastikan korang gunakan CD/DVD Windows yang original.

p/s : Pastikan backup data-data penting. Kalau tak berhasil.. Boleh tinggalkan komen atau pm di fb saya.. Terima Kasih.


Cara Buang Virus Shortcut Pada Pendrive

1. Pertama sekali, pastikan komputer korang ada antivirus yang telah diupdate dan masih aktif. Baru la korang boleh atasi dan ikut cara aku ni.