Kebiasaanya apa bila kita on komputer kita, masa akan sentiasa betul dan tepat. Ada juga pernah terjadi pada diri saya apabila saya on komputer saja. Masa akan berubah ikut tahun komputer tersebut dikeluarkan. Mula-mula tu memang tak tahu apa benda masalah la kan. Dah format banyak kali tetap masalah yang sama berlaku.
Selepas saya masuk ke ipt dan saya belajar mengenai masalah tersebut. Dan akhirnya saya menemui jalan penyelesaian. Untuk pengetahuan, dalam setiap komputer ada sebiji bateri macam tu la. Dia dipanggil bateri CMOS. Fungsi CMOS ni adalah untuk menyimpan maklumat pada bios. Seperti masa, dan tarikh pada bios. Jam yang ada pada OS akan dirujuk kepada Jam pada BIOS. Jika jam pada BIOS tak betul. Maka jam pada Operating System(OS) anda pun tak betul la jadinya..
--Solusi--
1. Gantikan bateri CMOS pada komputer anda.
2. Kalau yang pertama tak berhasil. Semak semula pemegang bateri CMOS tu. Ada kemungkinan pemegang tu dah sentuh pada bateri CMOS.
Sekian Sahaja Dari Saya~
:: Harap Bermanfaat..
0 comments:
Catat Ulasan