Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Sebab Sebab Berlaku Bluescreen


Pernah atau nda kamurang mengalami masalah BlueScreen? Kalau pernah mesti kamurang rasa stress, macam mana nda stress tengah buat kerja kejap-kejap BlueScreen. Ia datang tanpa beri apa-apa amaran dan berpotensi mengganggu produktiviti kamurang. Masalah ini sangat dikenali dikalangan pengguna Windows.
.
.
BlueScreen (BSOD) adalah paparan error pada skrin monitor kamurang yang boleh berlaku kepada kebanyakkan OS Windows dan berpunca dari pelbagai sebab. Berlaku konflik dari perisian(software) atau pun perkakasan(hardware) yang boleh menyebabkan (BSOD).
.
.
Malangnya, sebab berlaku BlueScreen menjadi misteri sehingga kamurang sendiri atau technician dapat mengenal pasti dari mana punca ia berlaku dan memperbaiki masalah tersebut.
.
.
IT techinician juga memerlukan masa berjam-jam untuk troubleshot masalah tersebut sekiranya ndak pasti dari mana punca ia berlaku.
.
.
JENIS BLUESCREEN (BSOD)
Terdapat pelbagai jenis BlueScreen(BSOD), dan setiap daripada masalah itu memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza-beza. Sama ada ia berpunca dari masalah driver, hardware ataupun operating system error.
.
.
* DRIVER KONFLIK
Driver konflik berlaku apabila dua atau lebih driver ia itu software yang digunakan untuk mengawal hardware laptop atau komputer nda berfungsi dengan baik.
.
Ini juga boleh berlaku apabila beberapa driver yang di install untuk peranti tertentu sebagai contoh wirelss driver dan tanpa kamurang uninstall versi yang lama terlebih dahulu, ada kemungkinan akan menyebabkan driver konflik.
.
.
* HARDWARE KONFLIK
Dengan tweak hardware laptop atau komputer juga boleh menyebabkan berlakunya BlueScreen(BSOD). Sebagai contoh, silap melakukan overclocking pada komputer boleh menyebabkan BlueScreen serta merta.
.
Walau bagaimanapun, BlueScreen(BSOD) juga boleh berlaku sekiranya RAM kamurang nda diletakkan dengan betul ataupun hardware dan motherboard yang bermasalah.
.
.
* OPERATING SYSTEM (OS) ERROR
Semenjak dari dulu lagi masalah seperti ini berpunca dari kesilapan user itu sendiri ataupun berpunca dari malware yang mampu merosakkan fail-fail penting dari Operating System kamurang.
.
Kehilangan fail yang penting boleh menyebabkan berlaku error, dan menyebabkan laptop atau pc kamurang sentiasa loop keluar BlueScreen(BSOD) di mana setiap kali kamurang on laptop atau pc.
.
.
Walaupun hanya dengan beberapa sebab ini berlaku Bluescreen, ada sesetengah masalah memerlukan masa yang lama untuk di diagnos, bergantung pada punca yang menyebabkan ia berlaku.
.
.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada Fizrix kali ini. Semoga bermanfaat.
.
.
Jadi apa pendapat kamurang? Ada topik yang korang mau Fizrix kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.
.
Baca dulu artikel ini mudahan dapat membantu kamurang.
.
Jom baca dan SHARE untuk manfaat kawan-kawan yg lain.
.
.

0 comments: