Selepas reinstall atau format laptop anda. Tiba-tiba icon wifi tidak keluar. Tetapi sebelum reinstall atau format ikon wifi ada. Disini saya ingin berkongsi punca ikon wifi tidak muncul pada laptop anda adalah:
Driver wifi anda belum di "Install" pada laptop anda.
Setiap laptop ada driver masing-masing. Kalau beli laptop baru memang ada cd driver dia bagi sekali dengan kotak laptop. Tapi kalau driver hilang, anda boleh cari driver di internet pada website jenama laptop anda.
Ni list website jenama laptop yang saya pernah guna :
http://www.lenovo.com/my/en/
http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/home
http://www.asus.com/my/
http://my.msi.com/
http://www.hp.com/country/us/en/uc/welcome.html
Tersalah install driver wifi
Boleh jadi, selepas anda install driver wifi tetapi icon wifi masih tak timbul. Masalah sebegini berpunca kerana kemungkinan anda tersalah download jenis driver yang ada pada laptop. Walaupun anda sudah download driver direct dari website jenama laptop anda. Tetapi ada kemungkinan driver yang dibekalkan tidak sama dengan jenama adapter wifi dalam laptop anda. Jadi, anda cari sahaja di google dan download.
Sekian..
0 comments:
Catat Ulasan