Tips, Trick, Mengatasi Masalah Komputer, Membina Website & Programming

Mencipta USB Live

Bagaimana untuk menjadikan USB Live... Okey.. Kali ni aku akan ajar korang macam mana menjadikan USB Live untuk kegunaan Install Ubuntu menggunakan USB..

O Firstly, korang mesti download Ubuntu dari website...

O Second, korang mesti download 'Universal USB Installer Easy'..

O Seterusnya, korang open setup 'Universal USB Installer Easy' dan klik Accept

O Korang pilih versi Ubuntu yang korang mahu masukkan kedalam USB untuk dijadikan USB Live..

O Selepas itu korang pilih lokasi ISO Ubuntu yang korang download tadi..

O Kemudian pilih lokasi USB yang korang mahu jadikan USB Live..

O Pilih Format ( F : ..........)<~Contoh lokasi USB yang aku nak jadikan Live USB....

O Akhir sekali klik butang 'Create'


O Tunggu sehingga proses pemasangan Live USB pada USB anda......



Video ini untuk memudahkan korang...

Live CD Ubuntu ( Selamatkan Data )


Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data.

CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka

Apa yang anda perlu buat adalah hidupkan komputer dan masukkan CD Ubuntu. Apabila skrin Ubuntu dipaparkan, pilih “Try Ubuntu without an change to your computer”.

startup-screen

Antara kegunaan Live CD Ubuntu:

O Akses semua partition termasuklah jenis FAT dan NTFS. 
O Menghubungkan komputer anda kepada komputer lain melalui network. 
O Melayari Internet. 


Jadi, dengan Live CD Ubuntu ini anda boleh backup dahulu dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, atau mungkin juga ke dalam komputer lain melalui network.

Malah anda boleh menggunakannya untuk melayari Internet, membuka emel, dan berbual di IM meskipun anda tidak mempunyai hard disk sekalipun. Ubuntu menyokong banyak jenis modem, dan sekiranya anda berada dalam kawasan Wi-Fi, ia juga boleh diaktifkan.

Dan jika anda bosan, anda juga boleh bermain lagno di dalam Ubuntu :)

p/s:-Jangan plak nak gunakan Live CD Ubuntu nie nak curi2 data kawan2 kita..x baik tue
Kredit to M.K Sembang Komputer


Download Live CD Ubuntu
[ Download ]




Cara-cara untuk cari dan download movie/lagu dari Internet

1. Lancarkan jDownloader terlebih dahulu.
2. Buat carian di Internet menggunakan nama filem/lagu dan tambahkan perkataan ‘rapidshare’ Contohnya saya taipkan “Before Sunrise rapidshare” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai hasil, klik mana-mana pautan yang diberikan (laman kegemaran saya adalah Filestube)
3. Salin pautan yang diberikan pada laman web tersebut. Jangan muat turun melalui pelayar web anda, sebaliknya gunakan jDownloader.
4. Pautan yang anda salin tadi akan ditangkap oleh jDownloader secara automatik, pada bahagian Linkgrabber. Klik pada butang ‘Play’ untuk memulakan muat turun.
Apa yang sangat berguna pada jDownloader adalah, ia akan mengatasi semua had dan masa menunggu yang selalunya diberikan oleh laman perkongsian fail seperti Rapidshare dan Megaupload. Jadi setelah anda memulakan muat turun, anda hanya perlu tunggu sehingga iany selesai. Namun terdapat juga sesetengah laman web yang memerlukan anda memasukkan captcha, yang mana anda boleh taipkan ia pada jDownloader itu sendiri.
Selain memasukkan perkataan Rapidshare pada enjin carian, anda juga boleh cuba laman web lain seperti Megaupload, Filesonic, dan banyak lagi. Untuk mencari lagu pula, Mediafire adalah laman web yang paling popular.
Jika anda disekat daripada membuka Filestube, Rapidshare, dan sebagainya – gunakankaedah Google DNS untuk melepasi sekatan itu.
Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, Sembang Komputer tidak menggalakkan anda untuk mendapatkan karya cetak rompak. Jika anda suka dengan filem/lagu yang anda dapati, belilah yang asli, dan Yusri KRU akan mengucapkan terima kasih kepada anda.
Sumber : http://sembangkomputer.com/